Ku susun kata hati tanpa lafaz
Ku sedar roda hidup sedang bermula,
Akan jatuh bangun tanpa kenal detik,
Aku tersenyum mensyukuri anugerah Ilahi,
Indah hidup bukan sekadar pandangan,
Kerana DIA kita bertemu,
Dan kerana DIA segalanya berubah,
Demi bulan dan langit yang indah,
Demi pantai dan ombak yang tenang,
Demi siang dan malam, bulan dan matahari,
Begitu ertinya seorang teman buatku,
Kerana teman aku mampu jalani hidup,
Teman mendamaikan hati kala aku jatuh,
Sering buat aku ketawa riang,
jadi berani, bagaikan cahaya,
Teman menyuluh segala yang gelita,
Maafkan semua silapku teman,
Maaf ku pohon dari sudut hati ini,
Ku sedar salahnya diri, bukan ingin membisu,
Cuma mencari waktu agar aku lebih mengenalimu,
Dan membayar harga kesalahanku,
Kata hati ini makin meronta,
Mungkin lafaz lebih bermakna dari bait-bait ini,
Kata segala hati meyakinkan jemariku,
Melakar kata sama seperti lafaz,
Cuma tak bersuara...
Sama ikhlas cuma berbeza rentaknya,
Alam maya alam persinggahan buatku,
Sebelum tiba nokhtah pengakhiran,
Ku mohon kemaafan dari hatimu teman,
Ku sedar kemaafan ini tak sempurna....
Berat 66
10 years ago
No comments:
Post a Comment