1). Sudah tujuh (13 ) hari tahun masihi 2008 berlalu. Banyak perkara yang telah ditempuhi dan menjadi nostalgia kehidupan. Awal tahun baru begini merupakan minggu untuk menilai semula pencapaian aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tahun 2008.
2). Menilai diri sendiri pun sukar dilakukan secara objektif dan adil. Apa lagi hendak menilai diri orang lain tentu akan banyak berlaku kesilapan. Tambahan lagi pada awal tahun tidak dilakukan perancangan yang rapi untuk membentuk petunjuk penilaian pencapaian (Key Performance Indicators, KPI). Jika berjaya membentuk petunjuk (indikator) sekalipun ianya juga tidak dapat mengambarkan kejayaan secara menyeluruh. Begitulah sukarnya untuk menilai sesuatu.
3). Setelah dilakukan penilaian maka keperluan berikutnya ialah memberi ganjaran atau hadiah. Biasanya apabila memberi hadiah akan ditujukan kepada orang lain. Jarang sekali diri sendiri diberi “hadiah”. Hadiah untuk diri sendiri. Mengapa hendak mengharapkan hadiah daripada orang lain?
4). Memberi hadiah kepada diri sendiri tidaklah sama dengan pepatah “masuk bakul angkat sendiri”.
5). Jika diri sendiri telah mematuhi KPI yang telah dipersetujui. Apalah salahnya memberi hadiah untuk diri sendiri. Hadiah tersebut dipilih sendiri dan dibungkus dengan secantik-cantiknya. Membungkus hadiah boleh dilakukan oleh “sales-girl”. Kemudian dicatatkan nama sendiri. Setelah itu dibawa pulang ke rumah dan diletakkan ke dalam almari. Selepas seminggu hadiah tersebut dibuka bersama ahli keluarga. Wah! Seronoknya menerima hadiah daripada diri sendiri. Apatah lagi hadiah tersebut merupakan yang sangat berharga yang dinilai dan dipilih oleh diri sendiri contohnya sebatang pen Mont-Blanc!
Berat 66
10 years ago
No comments:
Post a Comment